Profile Picture

Nur Alia *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Finance( Universiti Malaysia Sabah)

Paka, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Alia. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Major subjek yang saya ajar adalah subjek Matematik. Berkemahiran dalam menyusun strategi untuk pelajar mengikut keupayaan sendiri dari segi kefahaman dan penguatkuasaan minda pelajar itu sendiri kerana banyak bermain dengan formula. Saya juga sering mengadakan kelas tambahan untuk menambah kefahaman pelajar saya dengan lebih mendalam supaya mereka dapat fokus sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang. Saya juga sangat menekankan motivasi dan disiplin kepada pelajar saya supaya mereka dapat suntikan semangat sebelum pembelajaran bermula. Nak anak skor cemerlang dan bermotivasi? Hubungi saya hari ni.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun dalam bidang pendidikan menjadikan saya tahu untuk menyusun strategi yang menarik mengikut kefahaman dan keupayaan pelajar saya. Saya juga mengaplikasikan teknik strategi formula untuk meningkatkan kefahaman pelajar saya dan mencapai objektif pembelajaran. Ada juga pendekatan lain yang saya gunakan untuk pelajar lebih faham dan fokus untuk yang mereka belajar. Melihat anak anak mendapat Keputusan yang cemerlang adalah impian dan cita cita saya untuk bergelar seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Prasekolah - 3M Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1