Profile Picture

Nur 'ain *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah Ipgk Darulaman

Kota Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya 'Ain, seorang bakal guru lulusan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Saya telah menjalani latihan sebagai seorang guru semasa di ipg dengan pengalaman selama 7 bulan di sekolah rendah dalam mengajar subjek teras Pendidikan Islam dan elektif Bahasa Melayu. Saya juga pernah beberapa kali menjadi fasilitator dan sukarelawan dalam mengajar asas fardhu 'ain kepada murid-murid sekolah rendah terutamanya mengenai bab solat.
Teknik Pengajaran
Jika dilihat daripada perkembangan murid zaman kini dalam bidang teknologi, saya sering menggunakan teknik gamifikasi dalam pengajaran saya. Namun, itu tergantung kepada topik yang diajar. Saya akan cuba menyesuaikan teknik pengajaran saya dengan tahap kecerdasan murid dan menekankan dasar dalam suatu topik pengajaran. Saya juga menekankan kaedah tikrar iaitu pengulangan bagi setiap apa yang diajar agar murid sentiasa mengingati apa yang dipelajari. Secara konklusinya, tujuan teknik pengajaran yang saya gunakan adalah untuk murid mudah mengingati apa yang dipelajari serta dapat mengaplikasinya pada pembelajaran akan datang mahupun dalam kehidupan.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 5