Profile Picture

Siti Nur *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Halal Industry Management (Uitm Shah Alam)

Jeram, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum wbt. Nama saya Siti Nur Umairah binti Norhisham. Saya merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal. Sebelum itu, saya menamatkan diploma di Kolej Al-Quran Sayyidina Ali dalam bidang Diploma Tahfiz Al-Quran dan Pengurusan Halal. Saya mempunyai pengalam selama 6 bulan sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Melaka dan mengajar subjek-subjek agama. Saya juga mengajar subjek Al-Quran, Iqra dan Tajwid secara persendirian hampir 2 tahun. Subjek-subjek agama seperti pendidikan Islam, syariah Islamiah, Pendidikan Quran Sunnah , Bahasa Arab serta beberapa subjek agama lain adalaj subjek major yang saya kuasai. Manakala subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah sekolah rendah merupakan subjek minor. Saya membesar dalam keluarga yang hampir semua ahli keluarganya ada guru. Oleh sebab itu, saya sudah mempunyai pendedahan mengenai teori mengajar, cara berkomunikasi dengan pelajar dan menjadikan pembelajaran suatu yang seronok.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun mengajar pelbagai lapisan umur seperti kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas memberi peluang kepada saya untuk mengasah dan menggunakan pelbagai teknik sebagai pendekatan untuk mengelakkan pelajar mengantuk dan menjadi seronok belajar. Kaedah pengajaran saya tidak tertumpu pada buku sahaja. Saya suka menggunakan pembelajaran secara interaktif bagi mengelakkan pelajar bosan dan membantu pelajar untuk mudah mengingat pelajaran yang dipelajari
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Dewasa
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Mengaji
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Fardhu Ain Tadika
Membaca - BI Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Jawi Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab - Third Language Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Kelas Agama Dewasa
Syariah Islamiah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3