Profile Picture

Siti Nurfatiha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Science (Hons.) Physics

Universiti Teknologi MARA (Jengka) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera, saya Cikgu Fatiha atau Miss Fatiha. Saya merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Sains Fizik. Sebelum ini, saya berpengalaman dalam mengadakan sesi tuisyen secara tertutup di kawasan perumahan selama 2 tahun. Untuk pengetahuan, saya seorang yang komited dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mengajar anak-anak yang bakal mencorak kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Teknik Pengajaran
Bagi pelajar yang baru, saya akan mengenal pasti titik kelemahan mereka dan memberi perhatian khusus terhadap titik kelemahan tersebut. Pada kebiasaannya saya akan menyediakan dan memberi soalan-soalan dan melakukan perbincangan secara bersama dan juga membincangkan soalan skema peperiksaan. Selain itu, saya juga sering menyuntik semangat motivasi kepada pelajar supaya mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana dari pengalaman saya, kebanyakan pelajar akan berkata, "Saya tidak mampu untuk mendapat markah terbaik dalam subjek XXXXX". Bagi saya, motivasi dan pembelajaran perlu seiring untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.

Misi saya adalah, "for student to understand and love what they are learning". Kepada ibu dan bapa pelajar: Saya akan memberikan servis yang terbaik kepada anak-anak anda.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Naziah Binti Mohd Alias : Bahasa Inggeris

ceria dan mesra pelajar. anak saya selesa dengan tutor ini

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6