Profile Picture

Nur Syahirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Engineering Civil

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syahirah. Saya merupakan seorang lepasan sarjana muda Kejuruteraan Awam. Saya mampu menjadi seorang tutor yang berdedikasi dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya, manakala bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan subjek minor. Saya juga mampu menyusun modul mengikut kemampuan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya sebagai seorang guru muda akan sentiasa membuat kelainan dalam sesi mengajaran saya, agar pelajar tidak mudah berasa bosan dan lebih mudah untuk menerima konteks pengajaran saya. Bagi subjek matematik yang memerlukan banyak latihan, saya akan pastikan pelajar dibekalkan dengan latihan dan amali yang cukup, agar mereka mudah mengaplikasikan dalam peperiksaan kelak. Formula yang mudah diingat akan diajar untuk memudahkan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam memahami sesuatu itulah kepuasan bagi saya seorang pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Suraiya Hani Bt Rosli : Matematik - DLP Bahasa Inggeris

Pelajaran yang diajar mudah untuk difahami oleh anak saya.. terima kasih..😊😊😊

Norazlinda : Matematik - DLP Bahasa Inggeris

Tutor mengajar dgn cara yg efisyen dan anak sy mudah memahami juga. Terima kasih

Mohd Fadlie Fahrin Ismail : Matematik - DLP Bahasa Inggeris

Parent review : mudah berbincang dan bekerjasama Student review : suka, mudah faham dan tidak bosan T.kasih

Delima Binti Othman : Matematik

anak faham dengan apa yang cikgu ajar. anak juga senang dan cikgu mudah mesra dengan anak..

Noramalina Bte Suaib : Prasekolah - 3M

Tutor sgt bagus.sabar melayan kerenah pelajar.pelajar cepat faham

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Prasekolah - 3M Tadika