Profile Picture

Nur Khairun *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degreen Of Biomedical Science (Honours)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syaf. Saya merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (Kepujian) dengan CGPA 3.57 pada tahun 2019. Saya merupakan seorang yang mudah beradaptasi dan merupakan pengajar yang baik di mana saya mempunyai pengalaman dalam pentadbiran selama tiga (3) tahun. Di atas dedikasi saya dalam pengurusan pelajar, saya telah dilantik sebagai seorang Felo Penasihat di sebuah kolej di Universiti. Pengalaman saya menjadi penasihat dalam memastikan pelajar kolej mempunyai idea dan mendapat pengalaman yang akan menjadi sebagai nilai tambah mereka selepas bergraduat. Saya mempunyai latar belakang dalam bidang Sains dan Pentadbiran serta mempunyai pengalaman dalam membentuk seorang pelajar untuk menjadi graduan yang berholistik. Kelebihan ini boleh menjadi salah satu sebab Cikgu Syaf boleh membantu anak anda. Hubungi saya jika berminat.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pentadbiran dan setahun sebagai felo penasihat pelajar, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya menerapkan konsep menghubungkan teori dan keadaan semasa supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu sepanjang hayat. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 5