Profile Picture

Nur Syamimi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) Upsi

Parit Buntar, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Mimi. Saya merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Teater) Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya seorang yang berdedikasi, penyayang dan suka akan kanak-kanak. Saya berpengalaman dalam mendidik anak-anak di salah sebuah tadika berdekatan universiti sewaktu saya belajar. Subjek teater drama pendidikan, teater kanak-kanak dan teater boneka merupakan subjek major saya dalam dunia teater. Berkemahiran dalam menjaga dan mengawal anak-anak sewaktu saya penjadi pengasuh dalam masa yang sama saya mengajar mereka membaca dan mengeja. Subjek major yang saya pelajari menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Jika ingin anak anda mahir membaca seawal usia, skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya segera.
Teknik Pengajaran
Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik. Sepanjang saya mempelajari teater drama pendidikan, teater kanak-kanak dan teater boneka, saya dapati penerapan teknik nyanyian, lakonan dan 'theater games' dapat menarik keupayaan para pelajar untuk belajar sesuatu perkara. Dengan adanya teknik-teknik tersebut saya yakin dan pasti dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu matapelajaran. Pendekatan peta minda juga merupakan minat dan kepakaran saya bergantung pada keperluan subjek yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Membaca - BM Tadika, Darjah 1
Sains Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 1