Profile Picture

Nur Sofiatul *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Education (Hons.) Teaching English As A Second Language (Tesl) Universiti Teknologi Mara

Pasir Puteh, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Sofia. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Literature merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam kaedah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan penghasilan modul menjadikan saya seorang pendidik yang menggunakan kreativiti dan inovasi untuk melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya mempunyai pengalaman mengajar di sebuah pusat tuisyen selama 6 bulan. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 6 bulan usai tamat daripada universiti, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A bagi subjek bahasa Inggeris merupakan misi saya. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 4
MUET Dewasa