mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Farah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Computer Science Specialized In Data Science (Uiam)

Balik Pulau, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar tahun akhir Degree Computer Science di UIAM, Gombak. Saya mempunyai pengalaman sebagai tutor sejak sekolah menengah dimana saya diberi kepercayaan oleh guru-guru untuk membuat kelas tambahan untuk subjek Matematik and Matematik Tambahan semasa SPM. Dengan minat, pengalaman dan latar belakang saya dalam subjek Matematik, saya percaya bahawa saya boleh membantu anak anda memahami subjek ini dengan baik menggunakan teknik pengajaran dan penyampaian yang efektif.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik mengajar yang berbeza untuk kumpulan umur yang berbeza dan cara pelajar itu sendiri. Secara umum, saya menggunakan teknik yang mudah difahami oleh pelajar seperti menggunakan gambar (visual aids), penerangan menggunakan bahasa yang mudah untuk soalan/topik yang sukar, dan membuat penilaian berkala untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar dalam setiap topik. Saya akan menggunakan kelemahan dan kekuatan pelajar ini untuk menyediakan bahan mengajar, soalan dan formula khusus untuk memudahkan pelajar itu memahami sesuatu konsep. Saya juga boleh mengajar menggunakan bahasa melayu atau inggeris bergantung kepada pilihan pelajar itu sendiri.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3