Profile Picture

Najwa Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Business Management

Universiti Teknologi MARA (Bandaraya Melaka) (Telah Bergraduasi)

Batu Pahat, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang komited dalam membantu pembelajaran anak murid saya. Saya memiliki pengalaman sebagai guru ganti di sekolah rendah dan guru tadika swasta. Subjek bahasa Inggeris merupakan subjek pengajaran saya di sekolah rendah dan subjek matematik, bahasa melayu, seni sebagai subjek sampingan. Saya akan memastikan cara pengajaran saya bersesuaian dengan keupayaan pelajar agar modul pembelajaran dapat disampaikan dengan efektif.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran yang berbeza mengikut kesesuaian dan keupayan pelajar. Malahan, saya juga menggunakan teknik didik hibur dalam memastikan kelas tidak bosan dan objektif pembelajaran dicapai. Penggunaan teka teki, kuiz dan aktiviti simulasi sering saya gunakan untuk menarik minat pelajar dalam melibatkan diri dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Moto saya ialah memastikan perhatian pelajar dalam proses pembelajaran kekal dan membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri mereka terhadap subjek yang dipelajari. Teknik-teknik ini juga membantu pelajar dalam mengulangkaji sambil bergembira.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5
Prasekolah - 3M Tadika