Profile Picture

Nik Nur *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Computer Science With Maritime Informatics

Wangsa Maju, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, Saya Ms Nik Nur Adlin. Saya seorang pensyarah Komputer Sains di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Saya berpengalaman sebagai tutor Matematik di USM selama satu tahun. Komputer Sains merupakan subjek major saya dan matematik adalah subjek minor dalam bidang pendidikan saya. Satu sahaja tujuan saya apabila melibatkan diri dalam bidang pendidikan sebagai warga pendidik adalah untuk mengalakkan pelajar pada hari ini supaya terus belajar sehingga peringkat yang maksimum selain daripada ingin berkongsi ilmu dan tips yang mudah untuk skor dalam bidang Komputer Sains dan Matematik. Tambahan pula, ingin mengubah persepsi semua orang mampu mencapai kejayaan dengan usaha dan teknik yang tepat! Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, maka usaha lah demi mencapai kejayaan! Ingin berjaya bersama? Terus hubungi saya. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Saya mengaplikasikan konsep "Stay Happy and Calm while Studying". Dengan konsep ini pelajar lebih mudah untuk hadam dengan apa yang diajar dan pelajar akan lebih muda ingat. Selain itu, saya menerapkan konsep "penceritaan" dan contoh dengan topik yang berkaitan. Ini kerana, saya dapati pelajar lebih mudah untuk faham dan hadam apabila ilmu itu disampaikan dalam konsep "penceritaan" dan mewujudkan contoh bersama. Saya juga lebih gemar untuk mengimplementasikan konsep "back to basic" dalam menyampaikan ilmu, kerana basic knowledge yang strong mampu fahamkan untuk bahagian yang seterusnya. Teknik pengajaran yang digunakan juga bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya akan menganalisis terlebih dahulu gaya pembelajaran sesorang pelajar untuk lebih mengenali pelajar tersebut dengan lebih dekat, sama ada seorang yang visual, audio atau kinestetetik person.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 2, Tingkatan 1
Sains Komputer Tingkatan 4
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3