mytutor_mobile
Profile Picture

Syuhada Rahimi

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Asasi Sains (Universiti Sains Islam Malaysia)

Bukit Katil, Melaka

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syuhada. Kini saya masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains. Saya berpengalaman dalam mengajar subjek Sains sekolah menengah khususnya kerana subjek tersebut adalah subjek major saya, manakala subjek Biologi merupakan subjek minor saya. Selain itu, saya juga mahir dan boleh mengajar subjek Bahasa Arab. Berkemahiran dalam penguasaan konsep yang kukuh kepada pelajar merupakan kekuatan saya sebagai pendidik. Matlamat saya adalah supaya pelajar berasa subjek Sains adalah seronok, mudah untuk dipelajari dan mempunyai trick untuk skor dengan baik. Hubungi saya hari ini jika mahu tingkatkan prestasi dan motivasi anak anda dalam pendidikan.
Teknik Pengajaran
Sains merupakan subjek yang fleksibel dan mementingkan eksplorasi dengan dunia sekeliling. Pendekatan inkuiri dan aplikasi teori konstruktivisme menjadi teras dalam teknik pengajaran saya. Menghubungkaitkan Sains dengan kejadian atau fenomena semula jadi di sekitar pelajar menjadikan Sains lebih dekat dengan mereka serta mudah difahami. Bagi subjek Arab pula, pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan gambar dan formula mudah yang akan menjadikan Bahasa Arab bukanlah satu subjek yang sukar digapai.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1