Profile Picture

Wan Muhammad *******

(Dalam Talian)

Asasi/a-level - Asasi Sains Hayat Universiti Malaya

Puchong, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar tahun pertama perubatan di Universiti Malaya . Saya mempunyai latar belakang yang sangat baik dengan keputusan SPM yang sangat cemerlang . Saya juga telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam kedua-dua semester sewaktu pengajian asasi. Ini merupakan platform terbaik untuk saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk skor dalam SPM dengan cara yang berkesan dan cara menjawab yang strategik . Saya berpengalaman dalam mengajar secara dalam talian dan bersemuka kerana saya aktif menjadi salah seorang tutor dalam program Guru Muda di zaman persekolahan dalam subjek-subjek yang berkenaan . Saya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan bersemangat pada masa yang sama menekankan isi-isi pengetahuan yang perlu dikuasai untuk menjawab soalan peperiksaan. Kini saya juga merupakan tutor separuh masa di salah sebuat pusat tuisyen berdekatan dengan rumah saya dan saya yakin saya serba sedikit telah mendapat pendedahan dari pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan dari pelbagai lapisan umur untuk menyesuaikan dengan cara pengajaran saya dan meningkatkan semangat mereka untuk belajar.
Teknik Pengajaran
Saya mempraktikkan latihan bertubi dan berulang dengan tips-tips yang dipelajari daripada pelbagai sumber dan tips daripada guru-guru saya sewaktu persekolahan dulu. Saya percaya semua subjek memerlukan pemahaman dan cara yang berkesan dalam menjawab soalan . Saya akan menjadikan "active recall" sebagai rutin dalam pembelajaran secara bersemuka mahupun dalam talian agar teknik dan isi pengetahuan dapat dihafal dan difahami dalam jangka masa yang panjang.
Penilaian & Maklumbalas

Junaida Ismail : Matematik

Alhamdulillah tutor yg baik Dan berdedikasi

Wan Noor Haswana Wan Ibrahim : Bahasa Inggeris

Anak saya mudah memahami apa yang dipelajari dan pendekatan engajaran yang digunakan oleh tutor sangat bagus. Setelah menjalani sesi pembelajaran bersama tutor, saya akan minta anak saya explain semula apa yg dipelajari dan anak saya dapat menyampaikan dgn baik. Anak saya tak berpa minat matematik tetapi sekarang anak saya menunjukkan kesungguhan kerana katanya tutor ajar mudah difahami dan teknik utk memahamkan berkesan. Terima kasih banyak da saya amat berpuas hati dengan proses pembelajaran bersama Tutor Hakkim

Subjek
Subjek Tahap
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 3
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 1