Hi semua! Saya Cikgu Kritika. Saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda Matematik dari Universiti Malaysia Terengganu dan baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana penyeldikan Matematik dari Universiti Teknologi Malaysia. Subjek major saya adalah subjek Matematik bagi semua kategori sekolah sama ada sekolah rendah, menengah rendah menengah atas. Saya berpengalaman mendidik pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah secara santai sebelum ni dan mampu mengubah suai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut kemampuan pelajar.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran saya tertumpu kepada kaedah mengajar "rule of thumb" matematik dengan menekan prinsip dan konsep asas matematik sebagai permulaan. Selain itu, saya menekankan latih tubi dan kertas peperiksaan tahun-tahun sebelum bagi membiasakan pelajar dengan teknik menjawab kertas soalan matematik. Kaedah "problem solving" juga ditekankan dalam kelas saya supaya membantu pelajar untuk menyelesaikan soalan matematik dengan menggunakan konsep dan kaedah yang mudah difahami.