Profile Picture

Zulkhairil Bin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Mechanical Engineering With Honours (Universiti Putra Malaysia)

Seri Kembangan, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Zulkhairil , merupakan seorang jurutera dalam bidang Mekanikal dan masih lagi berkerja dalam bidang tersebut selama 3 tahun hingga kini. Saya berminat untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti setelah mendapat beberapa pengalaman daripada pekerjaan jurutera. Tujuan saya mengajar adalah untuk memperkenalkan dan mengaplikasikan ilmu - ilmu yang dipelajari oleh pelajar ditafsirkan ke dunia luar. Sebagai contoh, ilmu matematik tambahan boleh digunakan untuk beberapa kiraan kecekapan pum air, pusingan roda kereta, kincir angin, getaran dan lain - lain. Pelajar - pelajar lebih berminat sekiranya ilmu - ilmu dipelajari dapat diaplikasikan dalam bentuk visual daripada secara theori. Beberapa pengalaman daripada pekerjaan boleh digunakan untuk meningkatkan semangat motivasi pelajar - pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Setiap pelajar mempunyai cita - cita masing - masing , justeru itu saya berkebolehan untuk memberi tunjuk ajar dan hala tuju pilihan untuk pelajar mencapai cita - cita tersebut.
Teknik Pengajaran
Saya gemar untuk menggunakan teknik - teknik ' mind mapping ' dan ' keyword ' untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingati tentang pelajaran tersebut. Selain itu, saya juga suka untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan menggunakan gambaran lukisan kerana ianya lagi menarik minat pelajar. Gambaran lukisan lagi mudah untuk diingati oleh pelajar daripada perkataan. Tambahan pula , saya boleh menyediakan dan memberi beberapa pilihan langkah penyelesaian untuk tugasan - tugasan pelajar sekiranya pelajar tersebut tidak memahami langkah yang pernah dipelajari. Konsep - konsep dan silibus masa kini akan digunapakai selaras dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 6