Profile Picture

Nur Anith *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Science Education

Kuala Sungai Baru, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Anith. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala reka bentuk teknologi dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam teknik menjawab soalan dan kemahiran berfikir aras tinggi menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BM Darjah 2
Prasekolah - 3M Darjah 2
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 3
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5