Profile Picture

Nur Ahmad *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master In Business Administration

Batu, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama Saya Cikgu Syafiq, saya berpengalaman dalam manjadi Tutor selama 2 tahun. Saya membuka pusat tuisyen di kediaman saya sendiri pada 2020 sehingga 2022, Subjek matematik dan juga sains merupakan subjek utama saya mengajar sebagai Tutor. Hasilnya, pelajar-pelajar saya lebih memahami perkara yang saya ajari kerana keunikan cara saya mengajar. Pada Saya, kebanyakkan murid-murid di sekolah agak berasa segan untuk bertanya sewaktu dikelas, mereka lebih tampak berdiam diri walaupun tidak memahami di setengah bahagian. Jadi teknik saya menjadi Tutor yang melayani mereka seperti rakan menjadikan pelajar-pelajar ini tidak merasa segan untuk bertanya. Saya sering memberikan latihan-latihan untuk mahir didalam subjek yang disebutkan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih tertumpu kepada latihan tubi yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar saya. Apabila mereka belajar cara atau perkara yang mereka tidak faham didalam Matematik dan Sains, saya akan mengaplikasikan kefahaman itu dalam bentuk latih tubi, dengan buku-buku latihan yang disediakan menjadi kan murid lebih aktif dalam melakukan penyelesaian melalui teknik yang diajari. Teknik tutor saya lebih menjadikan saya sebagai rakan kepada pelajar-pelajar ini supaya mereka berasa selesa dan juga berani untuk menanyakan apa-apa soalan, motif saya adalah untuk jadikan teknik pengajaran saya lebih difahami oleh pelajar-pelajar ini.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 2, Darjah 6, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1