mytutor_mobile
Profile Picture

Aina Saffiya *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Foundation In Science Uitm Dengkil

Kangar, Perlis

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Saya baru sahaja menghabiskan pengajian asasi saya di UiTM Dengkil dan menjadi tutor ini adalah "part time job" saya sementara menunggu keputusan UPU yang akan diumumkan pada hujung bulan 9. Saya seorang yang mudah berkomunikasi dan gemar untuk berinteraksi bersama pelajar terutama sekali kanak-kanak di awal usia 6 tahun hingga 12 tahun. Saya berkebolehan untuk mengajar dalam bidang matematik dan bahasa melayu. Tambahan pula, saya juga mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak berusia 7 tahun dan 9 tahun secara dalam talian. Memandangkan usia saya yang muda tidak jauh bezanya dengan pelajar di peringkat sekolah rendah, saya akan lebih memahami pembelajaran pada abad ini bagi menarik minat pelajar. Saya merupakan seorang yang berdisiplin dalam melakukan segala perkara. Oleh itu, sekiranya saya berjaya menjadi seorang tutor di platform ini, saya akan menguruskan jadual pelajar saya dengan baik. Meskipun saya seorang pelajar, saya yakin untuk memberi sepenuh tumpuan saya terhadap pelajar dibawah tanggungan saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gemar untuk ketengahkan adalah menggunakan platform video kreatif serta permainan kuiz seperti Kahoot, Quizizz dan sebagainya. Hal ini demikian kerana ianya akan memberi gambaran secara keseluruhan topik yang akan pelajar dalami sepanjang proses pembelajaran itu berlangsung. Saya yakin melalui teknik ini, ianya lebih menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Walaubagaimanapun, pembelajaran secara latihan latih tubi serta beberapa ujian akan saya berikan setelah mendapat tindak balas yang positif dari pelajar setelah bermain permainan kuiz tersebut. Saya percaya bahawa melalui teknik dan step ini, kanak-kanak akan mudah untuk fahami apa yang mereka pelajari kerana video kreatif tersebut telah merangsang minda pelajar untuk mengingati kata kunci yang mereka pelajari serta pelajar akan menjadi lebih seronok dan perasaan ingin belajar ilmu baharu tersebut akan bersemat dalam diri mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Jawi Darjah 1
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4
Mengaji - Al-Quran Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Arab Darjah 1