Profile Picture

Mustaqim Bin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik Dengan Kepujian / Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ampang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Mustaqim. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah sama ada menengah rendah mahupun menengah atas. Ketika ini saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Ampang. Subjek bahasa Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Prinsip Perakaunan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam pemudah cara pengajaran dengan menggunakan peta minda, i-think dan juga akronim menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan buat calon SPM dan tingkatan 4 di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Anak mempunyai masalah sukar memahami mata pelajaran Matematik dan juga Matematik Tambahan ? hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Matematik dan Matematik Tambahan merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2017. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5