Profile Picture

Ahya Munirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Degree In Vocational Education (Catering) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pelabuhan Klang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan graduan Diploma Seni Kulinari dari Cosmopoint College of Technology, Kota Kinabalu dan kini melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memandangkan kini saya berada di tahun akhir pengajian, saya ingin menimba pengalaman dalam bidang pendidikan di samping mempersiapkan diri sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Disebabkan dorongan dan minat saya yang mendalam dalam mendidik, saya ingin menjadikan platform ini sebagai medium untuk saya menyampaikan ilmu kepada pelajar yang memerlukan bantuan. Latar pendidikan saya menjadikan saya memahami secara mendalam ilmu ikhtisas pendidikan. Pengetahuan tentang Pedagogi, Psikologi Pendidikan dan Mikroteaching menjadikan saya tutor yang fleksibel dan boleh menyesuaikan cara pengajaran saya dengan keperluan pelajar.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan :
• Sesi menjawab latih tubi mengikut kesesuaian tahap prestasi pelajar.
• Dengan mengutamakan cara pembelajaran pelajar dengan mengenalpasti kategori Visual, Audio atau Kinestetik.
• Penggunaan Basic Aloha Mental Arithmetic dalam pengiraan.

Bagi pelajar Visual :
- Penggunaan bahan seperti peta minda, flash card dan gambar rajah.
- Menggunakan video yang bersesuaian.
- Penggunaan slaid yang menarik & mengutamakan visual.
- Nota tambahan yang ringkas & padat yang menggunakan kata kunci (keywords).
- Menggalakkan pelajar menghasilkan nota yang menarik & berwarna warni.

Bagi pelajar Audio :
- Mengalakkan pelajar mengulang semula pembelajaran secara verbal.
- Belajar melalui lagu/podcast.
- Penerangan secara berulang.
- Penceritaan berdasarkan pengetahuan.

Bagi pelajar Kinestetik :
- Memperbanyakkan aktiviti berasaskan praktikal/'hands-on'.
- Menggunakan bahan sebenar/berkaitan.
- Menggalakkan pelajar melalukan/mencuba sendiri.
Ratings and Reviews

Nor Ashrida Bt Abd Rahman : Bahasa Inggeris

Hebat

Nor Ashrida Bt Abd Rahman : Sejarah

Hebat

Aina Mastura : Matematik

tutor baik. mudah berbincang.

Aina Mastura : Sains

baik dan anak saya pun selesa. tak garang. sabar dengan anak saya yang kadang selalu distracted

Ms Anugeetha : Bahasa Inggeris

Ok

Subject
Subject School Level
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca - BI Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6