Profile Picture

Nurul Aisyah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Degree In English Language And Literature (University Sains Malaysia)

Senai, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aisyah. Saya merupakan seorang pelajar berkelulusan STPM dan masih melanjutkan ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia. Walaupun masih melanjutkan pelajaran sepenuh masa di universiti, saya berpengalaman mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di SK Padang Tembak, Penang melalui Tzu Chi Volunteer Tutoring Program. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan pendidikan seni merupakan subjek minor. Saya seorang yang peramah dan penyabar dalam mendidik pelajar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 bulan dalam industri pendidikan secara sambilan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan tips dan format mudah merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 2
Bahasa Inggeris Darjah 6
Pendidikan Seni Visual Darjah 6
Communication & Writing Darjah 6