mytutor_mobile
Profile Picture

Nurshahirah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree (hons.) Of Science In Biotechnology

Nilai, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, saya Cikgu Shahirah. Merupakan seorang pelajar Sarjana Sains di UKM dan bekas graduan Bioteknologi di University of Nottingham Malaysia Campus. Semenjak dari sekolah, saya diberi peluang menjadi tutor/ guru muda kepada rakan-rakan sebaya. Alhamdulillah, saya gembira apabila mereka memberi maklum balas positif dan lebih memahami topik/ subjek yang sebelum ini sukar untuk mereka. Mereka menyukai sifat saya yang peramah dan mudah didekati namun tegas semasa sesi pembelajaran yang dapat membantu mereka fokus dan lebih mudah menanyakan soalan. Selepas bergraduat, saya mula mengajar secara 'home-tutor' dan berpengalaman mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah subjek English, Matematik dan Sains. Ibu bapa turut memberi maklum balas yang baik kerana saya dapat menyesuaikan diri mengikut rentak pelajar dalam membantu mereka memahami topik-topik yang sukar.
Teknik Pengajaran
Mementingkan kelas secara dua hala, saya memastikan pelajar menglibatkan diri dengan aktif sepanjang kelas. Saya menggunakan penceritaan dan mengaitkan silibus yang dipelajari dengan kehidupan seharian memudahkan pelajar berasa lebih dekat dengan topik-topik yang sukar untuk difahami. Saya juga mengaplikasikan soalan-soalan berformat peperiksaan seperti UASA dan SPM dalam kelas bagi membiasakan pelajar dengan cara menjawab dan mengaplikasi fakta yang diajar di dalam silibus kepada soalan. Saya menyesuaikan kaedah pendekatan mengikut rentak pelajar supaya mereka tidak berasa tertekan namun berupaya memahami dan memenuhi silibus. Keyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan dan kemajuan pelajar merupakan visi saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Intan Nur Azzura Mohammad : Sains

Tutor menepati masa. Mengajar anak dgn sabar.

Pn Faridahanum Ahmad : Sains

Berpuashati dengan tunjuk ajar tutor.

Zureen Awang : Sains

Ank saya boleh faham dgn pengajaran tutor.Tutor mengajar dgn jelas hingga ank saya faham.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5