mytutor_mobile
Profile Picture

Muhamad Azrai *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Degree In Civil Engineering (universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

Rawang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Azrai seorang Tutor yang berdedikasi serta berpengalaman mendidik pelajar sekolah rendah selama 2 tahun. Saya mampu mendidik anak anak Tuan/Puan dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Matematik kerana subjek tersebut adalah subjek 'major' / kekuatan saya. Mahir dalam penyusunan modul meletakkan saya antara pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Mahu meningkatkan skor dan keyakinan diri anak Tuan/Puan? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Pengalaman saya selama 2 tahun mengajar saya tentang pentingnya guru berada dekat dengan murid-murid mahupun secara dalam talian ataupun bersemuka. Bagi saya dengan secara bersemuka, saya lebih mudah mengenali dan memahami murid-murid saya kerana lain murid lain 'kerenahnya'. Saya seorang yang flexible, justeru itu cara saya mengajar berpandukan cara penerimaan murid-murid. Peta minda dan 'reward learning' adalah salah satu kaedah pengajaran saya yang mampu membuat murid lebih minat untuk belajar. Kepuasan dan keseronokan murid dalam belajar adalah visi dan misi saya sebagai seorang pendidik/tutor.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 4