Profile Picture

Nur Ain *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Asasi/a-level - Science - Module Ii

Kolej Matrikulasi Perak (Telah Bergraduasi)

Ipoh, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya pernah bekerja sebagai seorang guru tadika. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam untuk kanak-kanak 5 & 6 Tahun. Saya juga seorang tutor mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid-murid Tahun 2 dan Tahun 5. Sepanjang saya mengajar, alhamdulillah mereka pandai membaca, menulis dan mengira. Mereka juga tahu tentang kata berlawanan, cara susun perkataan menjadi sebuah ayat dan lain-lain. Selain itu, mereka pandai dalam asas Pendidikan Islam, cara solat, bacaan doa & surah harian dan topik asas dalam Bahasa Arab. Bagi murid tutor pula, mereka berjaya menghafal sifir sepenuhnya dan tahu menjawab soalan matematik ayat panjang. Mereka juga tahu membezakan penggunaan 'basic grammar' dalam sesebuah ayat.
Teknik Pengajaran
Saya akan menerangkan secara visual supaya topik tersebut mudah difahami. Saya akan banyak memberi latihan supaya mereka dapat melihat banyak jenis skop soalan yang boleh ditanya ketika peperiksaan. Saya juga mempunyai cara menghafal sifir dan 'basic grammar' yang tersendiri yang lebih mudah diingati oleh murid-murid. Akhir sekali, saya selalu memberi kuiz tentang apa yang telah dipelajari sebelum memulakan kelas baru.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Tadika
Membaca - BM Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 5, Tadika
Sains Darjah 5, Tadika
Prasekolah - 3M Tadika
Bahasa Melayu Tadika
Jawi Tadika