Profile Picture

Nordini Izzati *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Doctor Of Medicine

Wakaf Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai semua, saya Nordini Izzati Binti Rosidi. Saya merupakan pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Sains Malaysia. Saya berpengalaman mengajar tuisyen secara sambilan dan persendirian bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah selama 5 tahun. Saya merupakan pelajar terbaik SPM bagi subjek matematik, biologi dan fizik. Semasa mengajar saya akan menggunakan nota ringkas dan padat bagi setiap topik bagi meningkatkan kefahaman para pelajar untuk topik yang dipelajari. Latihan soalan juga akan dibekalkan seusai selesai mempelajari topik tersebut bagi menguji kefahaman, justeru pelajar boleh bertanya secara terus kepada saya tentang apa yang tidak difahami. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Sepanjang 5 tahun saya mengajar, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya akan sentiasa memastikan para pelajar tahu matlamat dan objektif yang harus dicapai bagi setiap kelas yang mereka hadir. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Bagi setiap kelas, saya akan bekalkan nota dan latihan soalan kepada pelajar untuk digunakan sepanjang sesi tuisyen berlansung. Saya juga akan bekalkan buku rekod gred kepada pelajar untuk mereka catat pencapaian mereka didalam kelas. Selain itu, saya akan berikan ulasan pencapaian pelajar dalam kelas dan akan diberikan kepada ibu bapa bagi pemantauan. Pencapaian pelajar yang semakin meningkat sepanjang sesi pengajaran berlansung merupakan kepuasan saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

NABILA BINTI MOHAMED : Sains

Alhamdulillah. So far anak suka dan cepat faham belajar sains dengan tutor ini. Terbaikk❤️👍🏻

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4