mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Asyiqin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Syariah With Law (honours)

Rawang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum. Saya Cikgu Asyiqin. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Fardhu Ain, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Quran Sunnah serta Pendidikan Islam merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek yang melibatkan bacaan Iqra' dan Al-quran adalah subjek minor. Saya merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang (KUIS) dan juga mendapatkan telah mendapatkan kelulusan daripada UIA dalam bidang Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam. Saya juga pakar dalam meningkatkan kefahaman tentang subjek yang berkaitan fardhu ain dengan lebih mendalam. Nak anak cepat faham dan mahir? Boleh hubungi saya hari ini
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Sebagai guru yang mengajar bidang agama, saya mengambil kira faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan murid dalam pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar termasuk dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM). Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi utama saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
P. Islam Darjah 4, Tingkatan 4, Darjah 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fekah KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6