Profile Picture

Nurul Amnani *******

(Online)

Diploma / Stpm - Stpm

Enggor, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya adalah Teacher Nani. Saya adalah seorang yang minat akan subjek Bahasa Inggeris. Jadi saya lebih memilih untuk mengajar Bahasa Inggeris. Saya pernah mengajar di sekolah ibu saya SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak dalam subjek Bahasa Inggeris. Saya juga selalu diminta oleh rakan-rakan saya untuk mengajar subjek tersebut semasa di sekolah rendah, menengah dan juga semasa saya berada di tingkatan 6 untuk MUET. Saya juga sering dijadikan contoh teladan oleh guru subjek BI saya. Saya mendapat A untuk SPM saya dan BAND 4 untuk MUET. Saya juga boleh mengajar serba sedikit subjek Sains. Seperti yang saya kata sebelum ini, saya selalu diminta oleh rakan-rakan dan juga anak kepada rakan-ibu saya untuk menjadi tutor bahasa inggeris anak mereka. Saya juga sering mengajar MUET untuk rakan rakan saya dan junior saya. Kebanyakkan dari mereka telah mendapat keputusan yang memberangsangkan dan juga cemerlang. Jadi silalah pilih saya sebagai tutor kepada anak anda, InsyaAllah saya akan bimbing mereka dengan baik.
Teaching Method(s)
Untuk teknik Pengajaran saya gemar menggunakan teknik visual iaitu menggunakan gambar yang menarik supaya pelajar saya lebih tertarik untuk belajar. Saya juga sering menggunakan teknik bertanya semula sebelum memulakan kelas kepada pelajar supaya mereka setiasa ingat akan apa yang diajar oleh saya. Saya juga akan menggunakan soalan peperiksaan tahun tahun lalu untuk mengajar pelajar saya. Bagi saya pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan seorang pelajar itu akan lebih improve dalam sesebuah mata pelajaran itu.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 1
Membaca - BI Darjah 2, Darjah 3