Profile Picture

Siti Nur *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bacelor Sains Matematik Dengan Kepujian (Universiti Putra Malaysia)

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai!. Saya Miss Nazu. Saya merupakan seorang graduan Matematik dari Universiti Putra Malaysia. Saya ingin meluaskan ilmu Matematik dengan cara pemahaman yang mudah. Walaupun saya tidak hadir dari latar belakang jurusan pendidikan tetapi dengan ilmu konsep Matematik yang saya ada, saya yakin dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian soalan Matematik. Selain Matematik sebagai subjek Major, Statistik merupakan subjek minor. Saya juga banyak melibatkan diri dalam Program Mentor Mentee dalam kalangan rakan sebaya. Dengan minat yang ada di dalam bidang pendidikan Matematik, saya bersedia untuk berkongsi ilmu "Pure Mathematics" kepada anak didik. Anda ingin memantapkan asas matematik anak anda? Hubungi saya! Saya sedia membantu.
Teaching Method(s)
Berbekalkan pengalaman dalam jurusan Matematik dan penglibatan dalam sektor industri, saya akan menerapkan kaedah, fakta dan hukum Matematik yang relevan untuk membantu menguatkan asas ilmu Matematik dalam diri seorang pelajar. Saya akan melatih pelajar untuk membuat analisis perbandingan sehingga mencapai tahap dapat merumuskan pembelajaran tersebut. Pendekatan tersebut adalah dengan cara mendedahkan pelajar dengan pelbagai jenis bentuk soalan mengikut tahap kemampuan pelajar. Pelajar tidak perlu terburu-buru untuk faham tetapi yang pasti pelajar dapat tangkap merupakan matlamat dan hasrat saya dalam mendidik para pelajar.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Prasekolah - 3M Darjah 3