Profile Picture

Abdul Ilya'sa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) Universiti Sains Malaysia

Kuching, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Abdul Ilya'sa bin Azman merupakan graduan pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia yang mengambil kursus Sastera dengan Pendidikan (Kepujian). Saya juga memiliki pengkhususan dalam major untuk Geografi dan minor untuk Sejarah. Kepakaran dalam psikologi pendidikan serta pedagogi yang kreatif menjadi tunjang kepada saya untuk menarik minat para murid meminati mata pelajaran yang teras wajib seperti Sejarah dan elektif seperti Geografi. Proses kemenjadian murid itu juga adalah nilai utama yang dititikberatkan oleh saya untuk memastikan murid yang saya ajar memiliki daya motivasi dan menguasai disiplin ilmu lebih komprehensif. Sekiranya ingin mendapatkan nilai skor A dalam Sejarah dan Geografi, maka jangan ragu dan segan untuk dapatkan khidmat pedagogi saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pembelajaran adalah begitu subjektif kepada setiap lapisan strata murid kerana bergantung kepada tahap proses pembelajaran murid dan teknik pengajaran oleh guru. Antara teknik pembelajaran yang sering digunakan adalah teknik pembelajaran kontekstual dan berpusatkan murid selaras dengan pendidikan abad ke-21. Selain itu, pembinaan karakter murid dengan membentuk karamah insaniah antara ciri penting dalam memastikan murid terus memiliki sifat dan nilai murni melalui pembelajaran secara nilai. Ciri-ciri khas teknik pengajaran yang sering digunakan oleh saya adalah berbentuk pengajaran berasaskan permainan, pengajaran berasaskan inkuiri dan pengajaran berasaskan koperatif.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5