Profile Picture

Maisya Sofiah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Sains Aktuari Dan Pengurusan Risiko)

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Pasir Mas, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Maisya merupakan seorang tutor yang sudah berpengalaman lebih daripada 2 tahun mengajar subjek sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek utama yang saya mengajar ialah subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Al-Quran manakala subjek minor pula ialah subjek Sains dan Jawi. Saya amat berpengalaman dalam mengajar membaca Iqra’, Al-Quran dan ilmu tajwid kerana saya merupakan seorang Hafizah Al-Quran. Saya juga berpengalaman membantu pelajar SPM dan PT3 membuat persiapan dengan meningkatkan kefahaman dan penguasaan tips-tips mudah untuk menjawab soalan. Saya merupakan seorang yang pakar dalam meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari Matematik dengan membuatkan pelajar memahami subjek dengan cara yang lagi mudah. Jadi pelajar akan tidak mudah bosan atau stres semasa mempelajari subjek Matematik. Nak anak anda mempelajari Matematik dan Mengaji Al-Quran dengan gembira dan tanpa stres? Boleh hubungi saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Berpengalaman hampir dua tahun dalam menjadi tutor, teknik yang saya gunakan bergantung kepada tahap penguasaan pelajar, yang mana saya akan kaji dahulu semasa sesi pertama. Teknik pengajaran saya secara umumnya adalah secara WORK SMART NOT HARD. Seperti mana kita tahu, pelajar mempunyai waktu yang sangat terhad untuk membuat persediaan yang cukup bagi menghadapi peperiksaan utama. Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya mengutamakan pembelajaran yang konsisten dan tertumpu agar pelajar dapat fokus terhadap topik yang penting yang dapat membantu pelajar untuk skor dalam peperiksaan. Saya juga menerapkan teknik pemahaman secara detail bagi setiap pembelajaran dengan memastikan pelajar sudah menguasai topik yang dipelajari sebelum beralih kepada topik lain. Pembelajaran secara didik hibur juga amat saya tekankan pada setiap sesi untuk memastikan setiap kelas yang dijalankan berakhir dengan penguasaan subjek beserta senyuman pada wajah anak anda.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Mengaji - Iqra Dewasa