Profile Picture

Abdullah Bin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Bukit Gelugor, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Abdullah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah sekolah menengah. Saya pernah bertugas di pusat tuisyen dan juga sebagai Guru di Pulau Pinang. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu dan Geografi Sekolah Menengah. Selain aktif dalam dunia pendidikan, saya juga merupakan seorang yang aktif berkecimpung dalam dunia perdebatan dan pengucapan awam, menjadikan saya juga merupakan jurulatih hingga ke peringkat kebangsaan. Aplikasi ilmu pengucapan awam saya aplikasikan sebagai instrumen susunan modul saya sebagai seorang pendidikan, di sampung melakukan penyesuaian bersama dengan DKSP KSSM. Saya juga berpengalaman sebagai tutor bagi pelajar SPM dan kini sedang aktif menggiatkannya. Hubungi saya sekiranya berminat.
Teknik Pengajaran
Sebagai guru yang berdedikasi, kepelbagaian teknik adalah keutamaan saya bergantung kepada keperluan pelajar dan suasana pembelajaran. Namun, secara peribadi teknik yang paling saya gemar dan kuasai ialah pendekatan tematik dan pembelajaran penyelesaian masalah. Dua teknik ini saya sesuaikan dengan kemahiran peribadi saya dalam mengajar di samping mengutamakan elemen peta minda dalam catatan nota serta lembaran kerja tahunan sebagai panduan kemajuan pelajar. Ilmu itu mudah sekiranya kita tahu dari mana pelajar perlu kuasai sehingga mana perlu pelajar kuasai. Itulah yang menjadi pegangan saya sehingga hari ini.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Membaca - BM Tingkatan 4