Profile Picture

Siti Noorashikin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur)

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ashikin. Saya merupakan seorang cikgu ganti yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 bulan dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek saya mengajar di sekolah menengah adalah subjek Sains, Pendidikan Seni dan juga Pendidikan Moral. Saya juga boleh mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi subjek Matematik. Saya sangat berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang dan meminati subjek tersebut. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya berpengalaman selama 3 bulan dalam industri pendidikan, saya dapat menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur serta berbentuk projek kepada pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda, mengulangi apa yang dipelajari dan memberi latihan merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
Prasekolah - 3M Darjah 2, Darjah 3