Profile Picture

Nur Maizalihah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) Dengan Kepujian, Upsi

Kuala Terengganu, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Maiza, merupakan seorang pelajar sepenuh masa di UPSI. Walaupun masih bergelar siswa guru, saya tetapi dengan berbekalkan ilmu mengajar yang digilap universiti dan hasil pengalaman sebagai mentor ketika di sekolah sedikit sebanyak membantu saya dalam bidang pendidikan. Di samping itu, sebelum ini saya merupakan alumni MRSM dan seterusnya ke matrikulasi. Bidang major saya ialah Sains manakala subjek minor ialah Biology. Saya juga berkemahiran untuk mengajar subjek matematik sekolah rendah. Selain memiliki pengetahuan dan keterampilan dalam subjek saya , saya juga memiliki kemampuan komunikasi yang baik, kemahiran pengurusan pelajar, empati, kesabaran, dan kemampuan untuk memahami keperluan pelajar. Sebagai seorang guru, saya akan berusaha mendidik pelajar untuk mencapai potensi maksimal mereka dan mengasah bakat yang ada dalam diri mereka.
Teknik Pengajaran
Saya menggabungkan teknik pengajaran mengikut kesesuaian pelajar. Teknik visual, audio dan eksperimen mudah antara yang akan saya jalankan kerana setiap pelajar mempunyai cara belajar yang pelbagai.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2
Sains Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 5, Darjah 6
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2