Profile Picture

Siti Fatimah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil - Sains Fizikal

Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar program matrikulasi, dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di salah sebuah universiti tempatan. Fokus pengajaran saya adalah untuk menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira dalam Bahasa Melayu serta subjek Matematik. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar anak buah yang berusia dalam lingkungan usia enam hingga sembilan tahun dalam membaca, mengira, menulis dan juga beberapa subjek lain seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan subjek KAFA terutamanya sepanjang musim PKP yang lalu. Pengalaman tersebut telah menyedarkan saya bahawa pelbagai teknik dan pendekatan perlu digunakan bagi menarik minat murid untuk terus fokus semasa proses pengajaran berlangsung dan seterusnya memastikan mereka dapat memahami pelajaran.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang digunakan adalah berbeza mengikut subjek dan keperluan murid tersebut. Setiap murid mempunyai tarikan dan cara yang berbeza untuk belajar. Oleh hal yang demikian, saya akan menggunakan teknik dan pendekatan yang sesuai bergantung kepada murid bagi memastikan murid memahami pelajaran yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3