Profile Picture

Nur Atiyah *******

(Online & Physical)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Degree In Bachelor Of Accounting (Honours) At Unirazak, Kl

Perak Tengah, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum. Nama saya Nur Atiyah binti Ahmad Tarmizi. Saya merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut pengajian di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di Kuala Lumpur dalam bidang Bachelor in Accounting.
Jadi saya mempunyai pemahaman yang tinggi dalam pengetahuan matematik dan ingin mencari peluang baru untuk mengajar secara part time. Saya juga boleh mengajar dalam pelajaran Bahasa Melayu di samping subjek Matematik. Kelebihan saya ialah saya merupakan anak guru di sekolah menengah dan sekolah rendah jadi saya boleh mendapatkan sumber pengajaran lebih dan boleh dikongsikan kepada anak anak yang lain. Pada masa yang sama, saya boleh mengetahui silibus anak anak pada harini dengan lebih mendalam.

Teaching Method(s)
1) Saya akan mengajar dengan lebih mendalam isi pembelajaran terlebih dahulu untuk memastikan kefahaman anak anak berada di tahap mana.

2) Saya akan mula menguji tahap kefahaman daripada hasil pembelajaran dengan cara menjawab 10 soalan pertama secara bersama anak anak. Tujuan adalah untuk memberi penerangan dengan lebih jelas bagaimana untuk mengenal dan menyelesaikan soalan soalan tersebut.

3) Mula untuk memberi latihan atau tugasan tambahan. Anak anak akan mula untuk membuat latihan secara sendiri untuk mengetahui tahap kefahaman masing masing. Soalan akan bertambah seperti 20 soalan pula.

4) Menganalisis kefahaman dan mula membuat pembelajaran semula jika masih pelajar tidak faham atau mahir.

5) Teruskan dengan membuat latihan. Setiap hari akan diuji sebanyak 10 soalan. jika anak anak sudah mahir, soalan akan bertambah dan tahap kesukaran juga akan bertambah.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 5, Darjah 3