Profile Picture

Nur Fatin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Persekitaran)

Cheras, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatin. Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Mikrobiologi) dari USM dan Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Persekitaran) dari UKM. Saya berpengalaman menjadi Guru Ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam mengajar subjek Matematik, Sains dan Geografi. Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kolej Tunku Kurshiah yang memberikan saya kelebihan dalam mengetahui tips dan cara mudah untuk memahami dan skor dalam kebanyakan subjek.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman mengajar pelajar secara bersemuka terutamanya pelajar sekolah menengah dengan menekankan cara mudah dan interaktif untuk memahami sesuatu topik. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya gemar menggunakan visual supaya pelajar saya memahami apa yang dipelajari. Di samping itu, pelbagai latihan akan diberikan untuk mengasah kefahaman pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Darjah 5, Darjah 6
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5