Hai, nama saya Siti Norain binti Maznan. Nama panggilan saya Ainan. Saya berumur 26 tahun, berasal dari Johor. Kini saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga di Universiti Malaysia Sabah.
Saya seorang yang bermotivasi tinggi dan sentiasa yakin dan percaya ilmu dapat mengubah nasib seseorang. Melalui bakat dan kemahiran yang saya ada, in sha Allah saya mampu menjadi tutor yang baik.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak secara sukarela (volunteer) di Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah ketika saya berkhidmat di sana. Saya mengajar kanak-kanak berumur 9 dan 10 tahun untuk membaca, menulis dan mengira kerana mereka adalah dalam kategori pelajar lambat (slow leaner).
Saya mempunyai kemahiran dalam memahami psikologi kanak-kanak memandangkan saya sudah berada di Tahun 2 di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga. Saya yakin dengan ilmu yang saya ada, saya mampu mengajar anak-anak anda dengan baik.