Profile Picture

Nur Syaza *******

(Physical)

Sarjana Muda - Degree In Science (Mathematics) With Education

Setapak, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Syaza. Boleh panggil saya Cikgu Caca. Saya merupakan seorang tutor yang komited dan berdedikasi dalam mendidik murid-murid sekolah menengah. Saya juga merupakan graduan lepasan ijazah sarjana muda dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Subjek major saya adalah subjek Matematik. Pada masa yang sama juga, saya dapat mengajar subjek Matematik Tambahan (Additional Mathematics). Sepanjang saya telah tamat belajar, saya juga aktif dalam mengikuti aktiviti STEM Matematik yang dianjurkan oleh satu badan Pusat Belajar yang berpusat di Wangsa Maju. Selain daripada itu, saya mempunyai personalitiyang ceria dan senang untuk didekati. Kebanyakan daripada murid-murid yang telah saya jumpai semasa sesi saya latihan mengajar dahulu, murid-murid lebih selesa untuk bergaul dan bertukar pendapat. Jadi, jangan buang masa lagi, jom cuba hubungi saya :)
Teaching Method(s)
Setelah menjalani latihan mengajar semasa ijazah sarjana muda dahulu, saya telah menerapkan teknik yang bergantung dengan melibatkan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Aktiviti yang melibatkan pelajar dapat membantu untuk membina konfiden dalam diri murid-murid dan pada masa yang sama untuk membantu mereka jangan takut kerana salah. Selain daripada itu, saya juga suka bercerita. Jika saya diberi peluang untuk mengajar lebih lama lagi, saya akan menerapkan teknik bercerita dalam mengajar. Daripada sini, pelajar akan lebih tahu cerita tentang subjek atau topik matematik yang mereka pelajari. Saya juga lebih suka untuk mengajar secara bersemuka, oleh kerana saya ingin mengetahui respon yang diberi oleh pelajar tersebut.
Ratings and Reviews

Suriani Binti Muhamad @ Mohd : Matematik Tambahan

Sangat membantu dan anak lebih bersemangat untuk belajar

Aida Haron Jaafar : Matematik - DLP Bahasa Inggeris

Saya dan anak amat berpuas hati dengan cara dan teknik pengajaran Cikgu Syaza. Cikgu Syaza juga mempunyai personaliti yang amat baik, sekaligus memudahkan segala urusan komunikasi antara kami. Sounds a bit cliché, but this is the absolute truth :) I highly recommend parents utk mendapatkan khidmat tutoring dari Cikgu Syaza.

Aida : Matematik

Tr Caca mmg bagus.. anak saya sgt happy dgn beliau. Dan markah ujian anak saya meningkat dgn byk selepas belajar dgn Tr Caca. Highly recommended.

Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5