Profile Picture

Muhammad Syahid *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Engineering (King Abdul Aziz University)

Pekan, Pahang

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syahid. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Melayu dan Sains merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam pengajaran secara dalam talian. Saya menyediakan nota dan teknik yang telah saya amalkan sehingga menerima biasiswa penuh belajar di Arab Saudi. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan ulangan berfokus merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik Skor bagi subjek bahasa Arab dan Bahasa Inggeris tingkatan 3 dalam 20 sesi kelas merupakan suatu teknik efektif yang telah saya gunakan sejak 2020. Penambahbaikan keputusan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Mengaji - Iqra Dewasa
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1