mytutor_mobile
Profile Picture

Munirah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Dan Syariah Usim

Butterworth, Pulau Pinang

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Munirah. Seorang yang komited dan berpengalaman selama 3 tahun sebagai tutor persendirian dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Pulau Pinang. Mempunyai kepakaran dalam mengajar subjek Bahasa Melayu dan sering dijemput oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri untuk merangka dan menyusun modul. Selain itu, saya juga mahir dalam mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Sering dijemput untuk memberi motivasi dan ceramah kepada kumpulan pelajar. Saya juga berbakat dalam melatih pengucapan awam (public speaking) dan pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021. Berminat untuk jadikan anak anda cemerlang di samping yakin dalam pengucapan awam? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Sepanjang pengalaman saya mengendalikan tuisyen persendirian, saya lebih gemar mengikut rentak pembelajaran dan keupayaan para pelajar. Saya akan aplikasikan teknik faham dan ingat menerusi kaedah didik hibur. Saya juga aktif dalam merangka dan merumus formula dalam bentuk peta minda yang mudah diingati para pelajar. Terdapat banyak lagi pendekatan yang saya gunakan untuk memastikan para pelajar faham dengan apa yang saya ajarkan. Kefahaman pelajar terhadap sesuatu subtopik adalah perkara yang amat penting bagi saya. Sebagai seorang yang berjiwa pendidik, kepuasan saya terletak pada kefahaman dan kepuasan pelajar dalam menguasai ilmu yang saya ajarkan.
Penilaian & Maklumbalas

Manisah Binti Awaludin : Matematik

Sangat berpuas hati

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Bahasa Cina Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5