Profile Picture

Muhammad Fathi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Syariah Islamiyyah (Kuim)

Johol, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fathi. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 10 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek KAFA, UPKK, Mengaji Al-Quran dan Iqra' merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam menyediakan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas buat pelajar sekolah rendah di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam memberikan suntikan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah khususnya. Nak anak cemerlang dan lulus dalam subjek KAFA, UPKK, Mengaji Al-Quran, Iqra' Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam serta meningkatkan kefahaman anak anda? Hubungi saya hari ini dengan secepat mungkin.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 10 tahun dalam dunia pendidikan islam dan Al-Quran, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik serta santai bergantung kepada kemampuan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik santai dan sampai dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan slide bergambar merupakan kemahiran saya bergantung kepada keperluan subjek tertentu. Pelbagai pendekatan dan usaha saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang telah diajar. Teknik mengajar tanpa marah adalah merupakan salah satu pendekatan saya dalam mendidik para pelajar. Kepuasan para pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran merupakan misi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Darjah 5
P. Islam Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 5
Usuluddin Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Syariah Islamiah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Maharat Al-Quran Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Sejarah Tingkatan 4
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Tingkatan 4
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4
Tasawwur Islam Tingkatan 4
Hifz Al-Quran Tingkatan 4
UPKK Darjah 5