Profile Picture

Ramizah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Sungai Petani, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Ramizah. Saya merupakan seorang tutor yang komited untuk membantu para pelajar menguasai sesuatu topik dengan lebih pantas. Saya mempunyai pengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah. Subjek Matematik dan Sains merupakan subjek major saya dalam pendidikan, manakala subjek Bahasa Inggeris adalah subjek minor. Berkemahiran dalam membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan lebih cepat melalui pelbagai teknik pengajaran yang sesuai dengan pelajar menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang, insyaAllah. Tambahan lagi, saya juga boleh membantu meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar. Saya akan berusaha yang terbaik jika anda percayakan saya kerana saya seorang guru yang bersungguh-sungguh inginkan kejayaan buat para pelajar. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Ada pelbagai teknik pengajaran yang akan dilaksanakan, namun ia akan bergantung kepada objektif pembelajaran dan keupayaan pelajar. Konsep utama saya apabila mengajar ialah memberi joran kepada pelajar dan bukannya memberi ikan kerana orang yang diberi joran akan berterusan dapat tangkap ikan sendiri, manakala orang yang diberi ikan tidak mampu menangkap ikan sendiri dan hanya mengharapkan ikan daripada orang lain.

1. Sumbang saran
- Teknik ini dilakukan untuk melatih pelajar untuk menyumbang pendapat dan idea sendiri. Jadi, pelajar tidak terlalu bergantung kepada idea guru semata-mata.

2. Bercerita
- Saya akan menyelitkan teknik bercerita untuk mempelbagaikan bentuk pencapaian kerana majoriti pelajar suka mendengar cerita lagi2 apabila cerita tersebut daripada pengalaman guru mereka sendiri.

3. Demonstrasi
- Teknik ini akan dilaksanakan melalui tayangan video daripada youtube ataupun penjelasan daripada saya sendiri.

4. Latih tubi
- Latih tubi adalah teknik mengulang kaji yang tidak boleh diabaikan kerana mampu meningkatkan penguasaan kefahaman pelajar terhadap subjek tersebut.

5. Kuiz
- Aplikasi kahoot akan digunakan setiap kali kuiz diadakan. Teknik ini dapat membantu saya mengenal pasti tahap kefahaman pelajar dalam sesuatu topik yang seterusnya dapat membantu saya mengajar pelajar mengikut tahap kefahamannya.

6. Soal-jawab
- Teknik ini sangat penting untuk membantu mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar. Selain itu, teknik ini juga dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Penilaian & Maklumbalas

Roziyanti Binti Mohd Sani : Matematik

Alhamdulillah, kelas berjalan dgn lancar. anak faham apa yg diajar oleh tutor

Mia Ameeza Bt Mohd Adam : Matematik

tutor bagus

Roziyanti Binti Mohd Sani : Matematik

kelas berjalan dengan lancar. anak faham dengan setiap penerangan dari tutor

Roziyanti Binti Mohd Sani : Matematik

kelas berjalan dengan lancar. anak faham dengan setiap penerangan dari tutor

Roziyanti Binti Mohd Sani : Matematik

kelas berjalan dengan lancar.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6