Profile Picture

Raja Isman *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Sports And Recreation

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Kajang, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Kenalkan nama saya Raja Isman. Anda boleh panggil saya Cikgu, Coach, atau Sir Raja mengikut keselesaan anda.

Saya merupakan tenaga pengajar yang bersemangat, ceria dan mesra.

Kelebihan saya adalah dalam bahagian pendidikan sukan terutama sekali permainan Sofbol secara mendalam dan terperinci. Manakala sukan Badminton, Bola Sepak, Golf dan Renang juga merupakan sukan yang saya mahir secara asas dan boleh diajar kepada anda pada tahap asas.

Subjek SMK yang menjadi teras saya adalah Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Saya ingin membantu pelajar tingkatan 4 & 5 yang mengambil subjek Sains Sukan meningkatkan kefahaman dan kebolehan dalam menguasai subjek tersebut.

Selain itu, saya merupakan seorang Pereka Grafik (Graphic Designer) secara sambilan yang mempunyai kemahiran dalam menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign. Saya boleh memberi bimbingan supaya anda dapat menggunakan perisian tersebut dengan baik.

Teaching Method(s)
Saya mengambil pendekatan yang berkala mengikut fasa-fasa yang tertentu.

1. Mengenal Kriteria Pelajar secara umum dan membuka rekod data baharu.
2. Kenalpasti Kekuatan dan Kelemahan Pelajar agar dapat memperincikan maklumat berkenaan pelajar.
3. Menentukan Objektif yang akan menjadi fokus tujuan yang ingin dicapai sama ada menggilap lagi kekuatan pelajar atau memperbaiki kelemahan pelajar.
4. Perangkaan Strategi di mana rancangan akan diwujudkan ke arah mencapai hasil yang diinginkan.
5. Pelaksanaan Pengajaran secara bersemuka atau atas talian bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.
6. Penilaian dan Susulan bagi mendapatkan gambaran mengenai hasil daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan.

Ini merupakan sistem mengajar yang saya terapkan agar maklumat bernilai yang bermanfaat diperoleh. Kadar pertumbuhan prestasi pelajar juga dapat diukur dan menjadi rujukan pada masa akan datang.
Subject
Subject School Level
Sains Sukan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Penyuntingan - Adobe Photoshop Asas (Basic)
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)
Penyuntingan - Video Asas (Basic)
Softbol Asas (Basic)
Golf Asas (Basic)
Boling Asas (Basic)
Memanah Asas (Basic)
Bahasa Melayu Dewasa
Bahasa Inggeris Dewasa
MUET Dewasa
Adobe Illustrator Dewasa
Mengaji - Iqra Dewasa