Profile Picture

Nurnadiah Adawiyah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelor Of Business Administration (Hons.) Islamic Banking

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Graduated)

Kajang, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Kerjaya sepenuh masa saya adalah sebagai Eksekutif Akaun. Namun, saya bercita-cita untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Saya juga telah melalui pendidikan formal yang kukuh dan saya mempunyai semangat yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dengan pelajar.

Sebagai contoh, saya mendapat skor yang cemerlang dalam bidang Matematik semenjak sekolah rendah sehingga sarjana muda.

Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu juga menjadi salah satu pencapaian terbaik saya kerana berjaya mendapat A+ dalam subjek SPM.
Selain itu, saya juga pernah menyertai pertandingan hafazan semasa berada di sekolah menengah dan mendapat tempat ketiga di peringkat wilayah persekutan putrajaya.

Saya komited untuk terus mempelajari kaedah-kaedah pengajaran terbaik dan menggunakan pendekatan yang kreatif untuk menyampaikan bahan pembelajaran dengan berkesan. Saya berharap dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong dan membangunkan potensi pelajar, serta memberi impak positif dalam bidang pendidikan.

Teaching Method(s)
Bahagian Akademik:
Saya akan menggunakan pendekatan yang selari dengan teknologi moden zaman sekarang iaitu seperti menggunakan aplikasi kuiz Kahoot atau Kuizziz. Selain itu, saya akan cuba mengaplikasikan ilmu yang pelajar dapat daripada sekolah dalam pengajaran saya supaya pelajar tidak berasa begitu keliru dengan teknik yang perlu diaplikasikan untuk sesuatu topik.

Subjek Mengaji Al-Quran:
Bagi pelajar yang baru dalam pengajian al-quran, saya akan menggunakan teknik baca dan ulang sehingga pelajar fasih. Di samping itu juga, saya akan memberi sedikit pendedahan untuk hukum tajwid sekurang kurangnya satu hukum tajwid untuk setiap kelas.
Bagi pelajar yang fasih pula, saya akan menggunakan teknik baca dan membetulkan bacaan tajwid. Di samping itu juga, saya akan memberi soalan berkenaan hukum tajwid dengan cara yang menarik seperti permainan teka hukum tajwid berdasarkan ayat yang dibaca.
Ratings and Reviews

Najah Syahira Binti Mohd Zulkifli : Membaca - BI

Anak suka dengan tutor ini , tutor mengajar dengan sangat baik

Najah Syahira Binti Mohd Zulkifli : Membaca - BI

Tutor mengajar dengan baik

Najah Syahira Binti Mohd Zulkifli : Matematik

Good

Farhana : Matematik

Very good. Seorang yang sangat penyabar. Boleh mengajar tiga kanak-kanak serentak. Harap boleh diteruskan di masa depan.

Farhana : Matematik

Very good. Seorang yang sangat penyabar. Boleh mengajar tiga kanak-kanak serentak. Harap boleh diteruskan di masa depan.

Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6