mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Adam *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Bsc Politics, Philosophy And Economics

University of London (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Adam. Saya berkelulusan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Bachelors of Science Politics, Philosophy and Economics daripada University College London (university ke-7 terbaik di dunia) di bawah tajaan Bank Negara Malaysia. Kini saya berkhidmat di Bank Negara Malaysia sebagai penganalisa kewangan di Jabatan Statistik. Saya berpengalaman menjadi tutor SPM bagi subjek Matematik, Matematik Tambahan, serta pengajian dan hafazan Al Quran. Kemahiran saya ialah memahami kelebihan dan kekurang pelajar saya, serta menyusun modul yang terbaik untuk setiap pelajar. Saya telah berkhidmat di MyTutor sejak Ogos 2023 dan telah membantu ramai pelajar sama ada sekolah rendah atau menengah untuk skor. Alhamdulillah, ramai pelajar yang boleh naikkan gred mereka daripada C ke A sejak tutor dengan saya. Nak anak skor cemerlang SPM serta tahu hala tuju untuk sambung pelajaran di luar negara? Boleh hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 5 tahun dan memperkenalkan pelbagai teknik pembelajaran untuk setiap pelajar. Saya lebih fokuskan kepada pemahaman, supaya pelajar boleh faham, ingat dan aplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan, bukan semata mata peperiksaan sahaja. Saya juga menggunakan pelbagai teknologi terkita dalam kelas seperti ChatGPT dan beberapa aplikasi lain (Google, YouTube, Desmos etc) untuk memudahkan pemahaman setiap pelajar.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Norazizah binti Yusof : Matematik

Cikgu memberikan penerangan dengan sangat baik dan jelas.. anak suka sebab mudah faham

Norbaizura Othman : Matematik

Tutor Bagus

Norbaizura Othman : Sejarah

Saya ada amik kelas dengan tutor ini untuk subjek matematik , tutor okay cuma tutor tersebut terlalu advance untuk anak saya , overall tutor okay sahaja .

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Dewasa
Ekonomi Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sejarah Tingkatan 5, Tingkatan 4
Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1