Profile Picture

Nurul Hidayah *******

(Physical)

Sarjana Muda - Degree In Entrepreneurship And Innovation (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Sentul, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Ida. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi. Sebelum ini, saya berpengalaman sebagai guru tadika selama 6 bulan sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti. Sebagai bekas guru tadika, boleh dikatakan saya seorang yang penyabar melayan kerenah kanak-kanak sewaktu sesi pembelajaran mahupun luar sesi pembelajaran. Malah, saya juga sering mencipta idea yang kreatif bagi menarik minat pelajar untuk belajar dengan baik. Sebagai tutor, saya akan menggunakan idea yang baru bagi menarik minat pelajar saya untuk belajar dengan baik.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 6 bulan menjadi guru tadika, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada tahap keupayaan pelajar terhadap subjek itu. Saya juga menggunakan kaedah peta minda bagi memudahkan pelajar saya mengingati kata kunci dengan mudah. Selain itu, saya juga akan memberikan ayat atau perkataan yang mudah bagi memudahkan pelajar mengingati apa yang dipelajari. Berbekalkan pengalaman mengajar yang saya ada, sebagai tutor saya akan memastikan pelajar saya akan berupaya memahami ilmu yang disampaikan dengan baik dengan menggunakan segala kaedah yang ada dengan sebaik mungkin.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2
Sains Darjah 1
P. Islam Darjah 1
Jawi Darjah 1