Profile Picture

Siti Hawa *******

(Bersemuka)

Sarjana(master) - Master In Education

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hawa. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik murid sekolah rendah. Subjek Pendidikan Jasmani merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Melayu dan Pendidikan Kesihatan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam mengajar subjek bahasa Melayu Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 selama 3 tahun. Saya juga terlibat dalam program pemulihan di sekolah dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya mengamalkan cogan kata Buat Sehabis Baik untuk anak-anak murid saya. Hubungi saya hari ini jika anda perlukan khidmat saya, terima kasih.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para murid. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan berpusatkan murid dengan bimbingan guru merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan murid berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak ketika dapat membaca merupakan visi saya sebagai pendidik.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Nor Faezuana Aziz : Prasekolah - 3M

Bagus dan teknik ajar yg bagus

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3