Profile Picture

Nor Awatif *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Sejarah)

Kangar, Perlis

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Awatif merupakan seorang tutor yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan bagi mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan tidak kira sekolah rendah atau menengah. Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah (degree) du Universiti Malaysia Sabah (UMS), saya menyambung pengajian saya di Universiti Malaya (UM) dengan mengambil sijil pendidikan iaitu Diploma Pascasiswazah Pendidikan dalam bidang Sejarah. Oleh hal yang demikian, saya mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek Sejarah. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar di SMK serta sering menjadi guru ganti di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan SMK). Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam industri pendidikan, saya sering menerapkan teknik serta bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan bermain sambil belajar, agar para pelajar tidak berasa bosan dengan subjek Sejarah merupakan kepakaran saya. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek Sejarah, keseronokkan serta kepuasan para pelajar dalam belajar Sejarah merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6