Profile Picture

Alina Zulaikha *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma In Estate Management (Universiti Teknologi Mara)

Bandar Pusat Jengka, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Alina. Saya masih bergelar pelajar sepenuh masa di UiTM. Namun begitu, minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan menjadikan sata berani untuk berkongsi ilmu bersama anak-anak tuan, puan sekalian. Berbekalkan dedikasi dan sedikit pengalaman saya ketika menjadi tutor kawan-kawan di sekolah mahupun universiti, saya yakin akan membantu anak tuan,puan dalam pelajaran. Subjek major saya adalah matematik memandangkan saya masih menggunakan ilmu matematik ketika alam persekolahan sehingga sekarang, manakala subjek minor saya ialah pendidikan islam. Berdasarkan seminar dan kelas yang saya hadiri, saya yakin saya dapat membantu anak tuan,puan dalam pendidikan.
Teknik Pengajaran
Berdasarkan pemerhatian dan tunjuk ajar kawan-kawan yang berada dalam bidang pendidikan, saya akan menggunakan teknik-teknik yang lebih menarik kepada anak-anak untuk menarik kembali minat mereka dalam pelajaran. Selain itu, saya akan menggunakan teknik yang sesuai dengan pembelajaran masa kini yang sememangnya berbeza dengan zaman sebelum ini. Sebagai contoh, teknik peta minda, infografik dan pelbagai teknik yang dapat diadaptasi oleh anak murid.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5