mytutor_mobile
Profile Picture

Fadzillah Hanim *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Teknologi Tekstil

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum. Nama diberi Fadzillah Hanim, nama panggilan Hanim. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Tekstil. Pengalaman mengajar kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 ke 8 tahun banyak mengajar saya tentang dunia akademik dalam konteks kanak-kanak sebaya ini. Saya berharap agar dapat menggunakan ilmu dan kepakaran yang saya miliki dengan sebaiknya dalam bidang akademik kerana peranan seorang pengajar memberi impak dalam perkembangan minda dan peribadi para pelajar. Menjadi tutor adalah antara medium yang saya boleh gunakan untuk meluaskan lagi pengalaman saya. Antara subjek kegemaran saya adalah mengajar asas 3M, Bahasa Melayu, English, Matematik dan Sains sekolah rendah.
Teknik Pengajaran
Pengajaran secara maya dan secara berhadapan menggunakan teknik yang berbeza kerana tahap fokus pembelajaran secara maya susah untuk dikawal berbanding secara berhadapan. Teknik pengajaran maya yang akan saya terapkan melibatkan banyak aktiviti dua hala berbanding satu hala untuk memperbanyakkan interaksi bersama pelajar. Dimana kaedah pembelajaran yang memerlukan pelajar untuk banyakkan berfikir sebelum beralih ke aktiviti yang melibatkan penulisan dan pengajaran. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk memahami apa yang dipelajari. Latihan tekan tubi juga akan diadakan untuk membiasakan pelajar dengan soalan yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1
Matematik Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Sains Darjah 1
Seni & Kraf Darjah 1